Alhamdulillah, sejak ibu saya ditempatkan di Pusat Jagaan Tawakal, saya berasa sangat tenang. Ibu yang menghidap sakit tua dan memerlukan penjagaan rapi kini mendapat perhatian yang sangat baik. Kakitangan di sini bukan sahaja profesional, tetapi juga penuh kasih sayang seperti keluarga sendiri.
Makanan berkhasiat, persekitaran yang bersih, dan aktiviti harian yang menenangkan membuatkan ibu kelihatan lebih sihat dan ceria.
Alhamdulillah, sejak hantar abang saya (OKU) ke Pusat Jagaan Tawakal, hati saya lebih tenang. Sebagai adik yang sibuk bekerja, tak sempat nak jaga abang betul-betul. Tapi di sini, dia dapat penjagaan private nurse yang sangat prihatin.
Persekitaran pun selesa & dekat dengan rumah kami di Melor, Kelantan. Staff di sini sangat mesra & profesional. Abang pun kelihatan lebih sihat & gembira. Syukur sangat ada tempat sebaik ini!"
Dulu risau gila mak aku sakit kronik, kena jagaan rapi. Tapi aku kerja siang malam, mana sempat nak jaga betul-betul. Nasib baik jumpa Pusat Jagaan Tawakal ni! Depa jaga mak aku macam anak sendiri – ubat tepat masa, makanan kaw-kaw, nurse pun check selalu.
Yang best, mak aku pun makin stabil & happy sikit walaupun sakit. Aku pun boleh kerja tenang, takde lah rasa bersalah sangat. Kalau korang ada parents sakit teruk & tak larat nak jaga sendiri, memang boleh try sini. Trust me, worth it!
Bagus pusat jagaan ni, member yang rekemen, staff semua baik-baik dan banyak membantu emak yang sakit. Servis terbaik. Paling penting lokasi strategik dekat dengan rumah, dekat dengan hsopital. Apa-apa jadi takde la jauh sangat nak cari hsopital.